Powered By Blogger

Wednesday, 2 May 2018

SEPASANG SELIPAR JEPUN

Suatu hari yang tenang , aku meninggalkan pejabat dengan hanya berselipar jepun dan memandu ke bandar . Kasut sukan kutinggalkan di pejabat. Usai membeli segala keperluan , aku singgah solat asar di masjid . Alangkah terkejutnya aku kerana apabila keluar dari masjid seusai solat , selipar jepunku yang berwarna merah tidak ada di luar masjid. Mula-mula aku syak ayam tok dalang yang kebas selipar jepun aku tetapi cepat pula akalku mengingatkan bahawa ayam tok dalang cuma kebas sebelah selipar je...ni dua-dua belah seliparku lesap. Mata segera memandang ke arah tandas wanita tidak jauh dari pintu masuk ruang wudhuk wanita.
Ahhh...seliparku ada di situ. Alangkah...

Moral of the story :
1. Kecik² dulu aku susah nak dapat selipar jepun. Pernah mak marah aku sebab sebelah seliparku hilang masa aku bergodak parit.punyalah susah hati sebab terpaksa berkaki ayam , nak dapat selipar baru kena tunggu duit timbang ojol . Sekarang selipar jepun cuma standard selipar waqaf tandas je.

2. Hurmmm...jepun juga dapat nama

3. Bakpe ayam tok dalang tak kena sembelih lagi...dah 9 tahun dia dok rembat selipar orang


Image result for SELIPAR JEPUN
Sepatutnya aku buat macam ni pada selipar aku , tak de sapa berani rembat termasuk ayam Tok Dalang . Kat masjid kot


Image result for SELIPAR JEPUN

Sepasang selipar ini hampir sama harganya dengan sekampit beras.

Image result for ayam tok dalang
Suspek utama ketika aku sedar seliparku hilang , 


No comments:

Post a Comment