Powered By Blogger

DARI GETAR RASA - KOLEKSI PUISI ENIDS


wahai pemilik segala kasih ( getar rasa setelah melihat kepiluan waris korban di Sabah)

wahai pemilik segala kasih
KAU temukan hati-hati kami
atas nama kekasih
lalu kasih mengikat hati dengan kasih
dan terbuai kami dalam alunan kasih

wahai pemilik segala kasih
KAU satukan kasih-kasih kami
dalam teratak berbumbung,beralang dan berdindingkan kasih
lalu dari kasih-kasih kami dan kasihMU
lahir anak-anak yang kami kasih

wahai pemilik segala kasih
KAU uji kasih kami
dengan goresan luka kerana kasih
lalu kerana kasih
kami cantumkan hati yang luka
kami cantumkan serpihan duka
kerana lasih masih ada

wahai pemilik segala kasih
KAU ambil kembali apa yang kami kasih
kerana kasihMU melebihi dari apa yang kami kasih

wahai pemilik segala kasih
kami redhai perginya kasih kami
kerana kami tahu
KAU lebih PENGASIH

2 comments: