Powered By Blogger

Sunday, 13 May 2018

HARI DEMI HARI IALAH UJIAN BAGI MANUSIA

08/05/2018

Hidup ini adalah ujian. Ujian pula selalu berisi pengajaran , berisi amaran , berisi motivasi. Allah uji kita hari-hari. Tak percaya? Begini , pernahkah kita berdepan dengan ketua atau rakan sekerja atau orang awam lain yang perangainya menyebal dan menjengkelkan. Itulah ujian untuk kita hari itu. Dek kerana jengkelnya kita dengan perangainya yang menjengkelkan, kita pun terdorong hendak mengutuknya ; kalau tidak pun kutuk kaw2 , kita kutuk miaw2. Tak baik tau. Percuma sahaja pahala kita pergi kepada dia. Lagi satu , jangan seronok sangat mengutuk , takut2 nanti suatu hari kita jadi macam apa yang kita kutuk. Mahukah kita menjadi orang yang terkutuk? Contoh lain , kita nampak orang makan banyak sesangat. Biarkan dia... jangan dikata , 'peh itu orang ke kingkong?' Biarkan dia hendak makan , mana tahu dia sedang dalam keadaan stress. Jangan suka mengata. Takut2 nanti satu hari kita makan penuh meja hidangan. Kalau nampak orang pakai baju kaler lain , tudung kaler lain, seluar macam teletubbies ; biarkan...itu cantik pada dia. Jgn dikata. Takut2 nanti, kau tu pakai selipar sebelah lain sebelah lain. Barulah muka kita jadi lain. Puas kena gelak , sehhh .

Oh... Hari ini aku mula bertugas sebagai petugas SPR. Ketika catatan ini dibuat , aku menunggu pintu Dewan Jubli Intan dibuka untuk menerima taklimat akhir dan menyemak peti undi.

Aku pakai baju biru


Yang lebih muda...


Korang ada ?????
Berjaket hitam , pendingin hawa di Dewan Jubli Intan sangat sejuk dan tidak mesra dengan kesihatanku. 


No comments:

Post a Comment