17/05/18
1 Ramadhan 1439 Hijrah
Catatan blog hari ini tidak menyentuh hal politik , biarkan undang-undang menjalankan kerjanya asalkan berpaksi pada keadilan . Ketika catatan ini dibuat , seantero negara heboh dengan isu penggeledahan kediaman seorang VVIP setelah parti komponennya ditumbangkan dalam PRU 14. Aku pun semak dengan kisah-kisah begini . Sementara menunggu kain dikeringkan dalam mesin pengering di dobi layan diri ini , aku memerhatikan tingkah laku manusia yang ada di dalam premis ini sambil dalam sedar aku sendiri diperhatikan.
Catatan ini adalah tentang bagaimana manusia mentafsir manusia.
Raut yang serius selalu memberi tanggapan dan impresi sombong kepada pemiliknya. namun sebelum membuat konklusi sebegitu pantas, dekati dahulu, lalui dahulu pengalaman dengannya, kemudian tafsirlah apa sahaja. Orang yang serius itu jiwanya halus tau ! Jika kena caranya, dia dapat didekati dan kau akan selesa dengannya. Sesekali jika dia menekuni kerjanya, memang payah benar dia mahu tersenyum, gerak dan jelingan matanya cukup memberi isyarat dia mahu fokus tanpa banyak gangguan, tetapi jika kau 'bijak', dia masih mahu bergelak.
Sekian kelas mentafsir hari ini. Kelas ini bersambung pada tarikh tak dapat ditetapkan. Jangan alih stesen anda.
@ MyDobi , Benut
No comments:
Post a Comment