15 minit aku perlu mengiring sebelum kemudiannya 'menggerudi'.
Aku sedar ke'pekak'kan ku ini dua minggu lalu apabila telingaku masuk air ketika mandi. Kukira tidak apa-apa tetapi kemudian aku mula sukar mendengar suara dari TV yang kutonton . Malah , bunyi ring tone telefon pun aku tak dengar. Suasana kurasakan sangat 'tenang'. Sehinggalah apabila aku tak mendengar suara rakanku yang bercakap denganku pada jarak yang hampir , maka aku rasa bahawa memang aku telah kembali kepada masalah telinga. Terfikir aku , beginilah dahulu arwah bapak tidak mendengar bunyi setelah diserang demam panas sehingga sukar untuk dia berkomunikasi dengan orang lain. Sedih aku. Bezanya , arwah bapak langsung tidak mendengar bunyi , kami terpaksa bercakap dengannya di telinganya atau dia membaca gerak bibir kami tetapi aku masih dapat mendengar bunyi yang kuat .Kurasakan juga beginilah kehidupan OKU pendengaran.
Maka , aku segera rasa insaf. Baru sedikit Allah uji . Bagaimana jika Allah ambil penglihatanku ? Ya Allah , dua kuping yang KAU beri ini selalu sangat menadah irama dan lagu. Jarang mendengar bacaan dari ayat-ayat cintaMU. Maafkan aku.
Ketika ini aku sedang mengiring dan dalam telingaku , Cerumol sedang 'bekerja'. Ya Allah , kembalikan nikmatMU ini . Aku mahu mendengar bicara anak dan ibuku sejelas-jelasnya.
No comments:
Post a Comment